Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda
pada badannya..Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat.
Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun
begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah
sekadar menambah pengetahuan.
Bahagian Badan => Firasat
Bibir atas kanan =>banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri => ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan => disegani orang, ramai yg suka
Bibir bawah kiri => pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan => cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri => cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah => tercapai cita-cita
Biji mata kanan => suka serong dan pembohong
Biji mata kiri => pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan => baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri => baik budi, murah rezeki
Punggung kanan => agak mengalami kesulitan
Punggung kiri => malas dan suka duduk
Betis kanan => suka berhibur, boros
Betis kiri => rajin,tidak suka menganggur
Lutut kanan => bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
Lutut kiri => kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan => terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri => sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang => jujur, sabar dan tekun
Kening kanan => cerdas dan cekap
Kening kiri => cerdas, sopan santun
Tengah kening => keras hati, berani segala hal
Hujung mulut kanan => kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri =>suka berpoya-poya
Batang hidung => banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Kemaluan kanan atau kiri => baik, suka senggama
Jari kaki kanan => suka menolong
Jari kaki kiri => berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan => cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri => suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan => baik hati, pendiam,simpan rahsia
Buah dada kiri => ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan => setia dan taat pada atasan
Lengan kiri => menepati janji dan rajin
Pipi kanan => ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan => ramai yg suka
Tengah-tengah pipi kiri => ramai teman
Ubun-ubun => kurang jujur
Pusat => cerdas, tangkas, tekun
Pages
▼
May 7, 2008
May 6, 2008
Fenomena HALO.. (Kuantan)

HALO...
Kebiasaannya apa yang sering disaksikan di langit adalah pelangi.
Tetapi bagi penduduk sekitar Kuantan, apa yang mereka saksikan bukan
pelangi tetapi satu fenomena alam luar biasa yang mungkin tidak pernah dilihat.
Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu menyaksikan gelungan cahaya jingga yang tebal dan perlahan-lahan terbias sekitar kelompok awan cerah yang hampir diliputi awan mendung.
Fenomena itu berlaku dalam tempoh antara lima hingga 10 minit sebelum keseluruhan kelompok awan menjadi mendung.
Lebih menghairankan, setengah jam kemudian awan gelap turut hilang dan suasana kembali normal.
Jurucakap Jabatan Kajicuaca yang dihubungi berkata, fenomena berkenaan dinamakan ‘Fenomena Halo’ yang ber- laku apabila cahaya matahari terserak oleh gumpalan awan.
Utusan