January 3, 2008
Jom pakat pakat belajaq loghat Kedah.
Bawah nie aku bagi contoh skit
punggai = baling.
cth ayat : hang pi pungai batu ni jauh².
loqlaq = tak senonoh.
cth ayat : Awat dok cakap loqlaq ni.Buat malu kat orang saja.
kelik = balik
cth ayat : Ni raya ni mu tak kelik kampung ka?
koi = makin
cth ayat : aku tengok hang ni koi haluih.Hang sakit ka?
mengkala = bila
contoh ayat : mengkala hang nak pi pekan ni.....
makan dadah = makan dulu
contoh ayat : Kita makan dadah la sebelum pi sana
hari senayan = hari isnin
contoh ayat = esok hari senayan ko pegi keja tak ??
MOT = bawa
cth ayat : hang mot aku sat
menyut= bersahut
contoh ayat= hang pi mana aku panggey tak menyut pun
hat ni= yang ini
contoh ayat= aku suka hat ni warna biru tua tuu
CELAPAK =serbu
MENGHENYAM = over acting ngan jantan
TAK KETAHUAN = merapu,sewel, tak perasan, tak klear
Makngot (slow).
Merelop(senja).
melonsok ataeh pasiaq, habih pungkoq melecaq
peghongoih = panas baran
Meladi = merayau
Amboiii...hang ni pi meladi tang mana ni sampai senja baru nak balik ni..!!
jelongoih = bila cari @ tengok sesuatu selalunya susah nak jumpa atau nampak.
contohnya : Hang ni jelongoih betoi la, buku tu dok depan mata pon hang tak nampak kaa...
becempegha = bertempiaran
Budak-budak yg dok main judi tu becempegha lari bila polis serbu pot depaa..
ketit = digigit serangga
Semalam aku tidoq tak gantung kelambu, pasai tu la aku kena ketit ngan nyamuk.
seghabai = tak kemas (lebih kurang mcm tu laa...)
Pasai apa la aku nampak hang ni seghabai sangat pakai baju tu.
lepot = lemah/tak kuat (sikit-sikit suka jatuh)
lagu mana hang nak masuk lumba lari tu, hang tu lepot.
ghagaiih = panjat
Jangan dok ghagaiih pagaQ tu nanti jatuh..susah.
tonyoh = sental
Bila Kak Cik basuh kasut sekolah tu nanti tonyoh la sikit, kalau tidak tak kluaq haih lumpoq² tuhh..
meghakah = gelak melampau
Hampa dua orang ni gheja dok meghakah sampai satu gheja pun tak jadi..aku buat hampa satgie kott...!!!
jege = mem'beliak' mata
Bapak aku naik angin kat adik aku tadi sampai tejege bijik mata dia.
ghunaih = kopek
Hang jangan dok ghunaih ghupin luka tu...nanti berparut, hampa gaduh tak lawa pulak...
jughuiih = siram
hang pi lah jughuiih pokok bunga tu sikit, nanti mati pulak.. la ni kan musim tak dak hujan.. kering kontang.. kesian kat pokok bunga tuu..
1. melahaq = kebuluq
2. meqelop = senja
3. lohoq = zohor
4. keleh = tengok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment