Pages

Banner 468 x 60px

SelaMat DaTang Ke WannZ ZOne.. UnTuk Membaca ArTikel peNuh Klik paDa TaJuk EnTry...
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

June 7, 2009

Misteri "Wanita Berkebaya Merah"

4 Komen
Sebenarnya citer nie dah bermula sejak bulan 2 lagi tahun nie... misteri, seram, ghaib, takut, sebab benda nie berulang sampai sekarang nie... Berlaku di highway antara sg petani ke gurun... kes nie menjadi isu disebabkan beberapa kes kemalangan yang agak teruk laa... sampai terbabas kereta.. xker teruknya...huhu... mangsa berkata : ada wanita dalam lingkungan 20-an, chantek, langsing, mancung, berbaju kebaya merah melintas highway... sampai skunk dah 3 kejadian yg berlaku... xtermasuk yang xhebohkan.... aku pown naek seram lutut sebabnya slalu gak la melalui jalan tue...

Antara kejadian yang tersiar kat newspaper...

Berita 1; (5 Februari 2009)

Pemandu parah elak wanita berkebaya merah

sumber dari : kosmo.com.my







ORANG ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.


Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.
Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.


"Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.


"Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.




Berita 2; (20 April 2009)


'Wanita kebaya merah' nyaris bawa maut

sumber dari : kosmo.com.my





CHAN duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara kelmarin.




SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang."Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.


"Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.


Berita 3;(20 mei 2009)

Hantu lebuh raya


sumber dari : kosmo.com.my






MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam.


KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.
Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.


Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.





GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.


Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.
Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.
“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.
MOHD. FITRI
“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.
“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.
Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.
Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.

p/s: nak tahu lebih lg.. masuk google search wanita berkebaya merah....

Read more...

December 31, 2008

Happy NeW yEaR 2009

2 Komen
Kat cinie aku nak wish kat sapa2 yg masuk Blog nie... Happy new Year 2009 kat semua owank...huhu...

jgn lebih2 lak sambut new year nie ekk....

Yang penting azam kali nie mesti dapat tunaikan.....
Read more...

August 22, 2008

I-HACK 08 Uitm Shah Alam

2 Komen

After spending 4 days blasting I-Hack Competition . and the results?

Student Project Presentation

  1. UMP (Tomato)
  2. MMU (Bluetooth)
  3. UITM

Computer Forensic and Defense

1. UTP (Project Tango)
2. UMS
3. UTP(K3. krew)

Capture The Flag Challenge:

1.UTP (F.nord team)
2.UTP (Project Tango)
3.UTP (K3. Krew)



Read more...

May 6, 2008

Fenomena HALO.. (Kuantan)

0 Komen


HALO...

Kebiasaannya apa yang sering disaksikan di langit adalah pelangi.

Tetapi bagi penduduk sekitar Kuantan, apa yang mereka saksikan bukan

pelangi tetapi satu fenomena alam luar biasa yang mungkin tidak pernah dilihat.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu menyaksikan gelungan cahaya jingga yang tebal dan perlahan-lahan terbias sekitar kelompok awan cerah yang hampir diliputi awan mendung.

Fenomena itu berlaku dalam tempoh antara lima hingga 10 minit sebelum keseluruhan kelompok awan menjadi mendung.

Lebih menghairankan, setengah jam kemudian awan gelap turut hilang dan suasana kembali normal.

Jurucakap Jabatan Kajicuaca yang dihubungi berkata, fenomena berkenaan dinamakan ‘Fenomena Halo’ yang ber- laku apabila cahaya matahari terserak oleh gumpalan awan.

Utusan
Read more...

April 9, 2008

Kecek..

0 Komen
o

Mamat arab pandai gila kecek klate....hhuhu
Read more...

March 30, 2008

Intra Faculty FSKKP

0 Komen
Fakulti Sains komputer dan Kejuruteraan Perisian(fskkp) telah menganjurkan sukan antara klas2 dlm faculti nie....dlm nie ada mcm2 acara yg agak memnatkan...tp aku ngn geng2 aku ambik bahagian dalam bola sepak 9 sebelah....

Dengan xsarapan pagi kami terus ke padang...sebb dah bgun lewat....huhu...tp naseb bek la penganjur ada sediakan sarapan cket...at least leh la lapik perut yg kosong nie....
Team kami dalam group B yg bertemu ngn 1 bcs and 3 BCs....

1 BCS kami dapat menjinakkan mereka dengan membelasah 4 - 0 hasil dari gol yg dijaringkn aku sendiri 3 gol sekaligus melengkap kan hatrik....1 lg gol disumbangkn melalui Z yg merembat kencang ke gawang gol lawan...huhu....

Akhirnya kami dikalahkan oleh 3 BCS kerana ramai pemain kami kepenatan dan injure...aku pon dah pnt nk mampos...depa dah la first game..hampeh sgguh...huhu...tp masih layak ke semi final coz tmpat pertama dalam group....

Perlawanan semi final..
First game team aku lawan ngn 2bcs..Hasil dari free Kick goal keeper aku tertewas...xsempat nk kejar pengadil dah tiup visel...cpt ja habih time 2..my team dikalahkn tipis jer.....

lepas 2 lawn lak 3DCS...geng nie semua pro punya....first half mereka dah mendahului 3-0... dah masuk secong half, kami mula semgat hasilnya aku dpt jaringkn gol hasil kesilapan prthanan....then penyerang kedua aku..Z buh lg 1 Gol......kptusan 3-2.....cket ja lg....bnyak peluang tp mensia-siakan ja....

"Majulah sukan untuk negara",...
Read more...

February 27, 2008

PILIHAN RAYA KE 12

0 Komen
Buat pilihan yang tepat


DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam

DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh..
Read more...

February 25, 2008

Bahaya!!

0 Komen





Maceh lg ada tmpat yg ketiggalan zaman...kecian kanak2 nie nk pegi skolah...
Read more...

November 18, 2007

0 Komen
Jemputan Menghadirkan diri Exponconvo UMP kali ke-2


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Seperti yang kita sedia maklum, Majlis Konvokesyen UMP yang ke-2 akan berlangsung pada 1 Disember 2007. Sehubungan dengan itu, bagi memeriahkan lagi majlis ini, eXpoconvo'07 akan diadakan pada 30 November sehingga 2 Disember 2007 bertempat di Kuantan Parade. Pelbagai acara yang menarik akan diadakan seperti pameran, persembahan dan pertandingan. Tentatif program dilampirkan di bawah.

TENTATIF PROGRAM (KUANTAN PARADE)

30 NOVEMBER 2007

1000 - Pameran Expoconvoý07

1530 - Majlis Perasmian Expoconvoý07 Universiti Malaysia Pahang (UMP)

1800 - Lompat Tali untuk Jantung oleh Kumpulan Tun Ismail Junior

2000 - Persembahan Alat Muzik Tradisional oleh Kumpulan Serumpun Seri Inderapura (SENIRIA), Kuantan

- Persembahan Zapin UMP

2130 - Majlis Bersurai

1 DISEMBER 2007

1000 - Pameran Expoconvoý07

1130 - Kuiz Spontan

1400 - Expoconvo Race

1430 - Persembahan Dikir Barat oleh Kumpulan Seri Simpul, Kelab Kebudayaan dan Warisan Kelantan

1730 - Majlis Penyampaian Hadiah dan Cenderamata Expoconvo Race

1945 - Pertunjukan Silap Mata.

2200 - Majlis Bersurai

2 DISEMBER 2007

1000 - Pameran Expoconvoý07

- Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak

1300 - Persembahan Koir UMP

1245 - Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak

1500 - Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Expoconvoý07 Universiti Malaysia Pahang (UMP)

1730 - Majlis Bersurai

Untuk pengetahuan semua, terdapat juga acara luar diadakan. Butiran adalah seperti berikut:

1) Kejohanan Futsal Gemilang UMP 2007 (1 Disember 2007)

Lokasi : Gelanggang Futsal Kampung Tiram, Indera Mahkota, Kuantan
Masa : 8.00 pagi ý 4.30 petang

2) Kejohanan Paintball Expoconvo'07 Universiti Malaysia Pahang (1-2 Disember 2007)

Lokasi : Padang Kemunting, Kuantan
Masa : 8.00 pagi ý 6.00 petang

3) Senamrobik Expoconvo'07 Universiti Malaysia Pahang (2 Disember 2007)

Lokasi : Padang Kemunting, Kuantan
Masa : 7.30 pagi ý 10.00 pagi




Read more...

November 17, 2007

News

0 Komen

Kanak-kanak Hilang (terbaru - bandar baru bangi)



Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Seorang anak jiran berumur 10 thn sepatutnya dihantar ke sekolah oleh
kakaknya di dapati hilang dari rumah dan juga tidak berada disekolah.
Nota yang ditulisnya menyebut ikut kereta kawan. Hingga kini kanak2
tst masih tidak dapat dikesan.

Usaha mengesannya telah dibuat sejak pagi, hingga kita masih gagal.
Oleh itu ia di kelasifikasikan sebagai hilang.

Bersama ini diserta gambar kanak tersebut. Jika ada antara saudara
menjumpainya atau mengesannya sila hubungi no. telefon berikut:

Balai polis Bdr Baru Bangi: 03 8925 0282.
Jiran: 012 3831 616, 019 236 7507, 012 3799 004.

Mohon bantu dan sebarkan. Perkembangan seterusnya akan diberitahu.
Sekian terima kasih.




Read more...