Pages

Banner 468 x 60px

SelaMat DaTang Ke WannZ ZOne.. UnTuk Membaca ArTikel peNuh Klik paDa TaJuk EnTry...

March 30, 2008

Intra Faculty FSKKP

0 Komen
Fakulti Sains komputer dan Kejuruteraan Perisian(fskkp) telah menganjurkan sukan antara klas2 dlm faculti nie....dlm nie ada mcm2 acara yg agak memnatkan...tp aku ngn geng2 aku ambik bahagian dalam bola sepak 9 sebelah....

Dengan xsarapan pagi kami terus ke padang...sebb dah bgun lewat....huhu...tp naseb bek la penganjur ada sediakan sarapan cket...at least leh la lapik perut yg kosong nie....
Team kami dalam group B yg bertemu ngn 1 bcs and 3 BCs....

1 BCS kami dapat menjinakkan mereka dengan membelasah 4 - 0 hasil dari gol yg dijaringkn aku sendiri 3 gol sekaligus melengkap kan hatrik....1 lg gol disumbangkn melalui Z yg merembat kencang ke gawang gol lawan...huhu....

Akhirnya kami dikalahkan oleh 3 BCS kerana ramai pemain kami kepenatan dan injure...aku pon dah pnt nk mampos...depa dah la first game..hampeh sgguh...huhu...tp masih layak ke semi final coz tmpat pertama dalam group....

Perlawanan semi final..
First game team aku lawan ngn 2bcs..Hasil dari free Kick goal keeper aku tertewas...xsempat nk kejar pengadil dah tiup visel...cpt ja habih time 2..my team dikalahkn tipis jer.....

lepas 2 lawn lak 3DCS...geng nie semua pro punya....first half mereka dah mendahului 3-0... dah masuk secong half, kami mula semgat hasilnya aku dpt jaringkn gol hasil kesilapan prthanan....then penyerang kedua aku..Z buh lg 1 Gol......kptusan 3-2.....cket ja lg....bnyak peluang tp mensia-siakan ja....

"Majulah sukan untuk negara",...
Read more...

March 24, 2008

Perkara Yang Dilarang Dalam Solat

1 Komen
- Menempelkan kaki yang satu dengan yang lain ketika berdiri.

- Berdiri di atas satu kaki.

- Duduk di antara dua sujud dengan berjongkok (kedua-dua lutut terangkat dan telapak tangan di atas lantai).

- Memasukkan kedua-dua tangan dalam baju ketika berdiri, rukuk dan sujud kerana menyamai perbuatan orang Yahudi.

- Mengangkat pakaian ketika sujud manakala lelaki dilarang menyelak rambut ketika waktu solat.

- Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan daripada dada.

- Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul-ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Perkara ini tidak baik jika seseorang itu menjadi imam. Dia sepatutnya berdiam diri sejenak sebelum membaca al-Fatihah dan sebelum rukuk.

Bagi makmum, jangan menyambung takbiratul-ihram sendiri dengan takbiratul-ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam. Dia patut mendiamkan diri sejenak sebelum takbiratul-ihram mengikuti imam.

Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua. Ia perlu dipisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

- Solat dalam keadaan mahu membuang air besar atau kecil atau mengenakan sepatu yang sempit. Perkara ini boleh menghalang seseorang khusyuk dalam solat.
Read more...