Pages

Banner 468 x 60px

SelaMat DaTang Ke WannZ ZOne.. UnTuk Membaca ArTikel peNuh Klik paDa TaJuk EnTry...

November 10, 2008

Universiti Malaysia Pahang

1 Komen

Jom kita tgk cket apa yang ada kat UMP nie....


Latar Belakang Institusi

Universiti Malaysia Pahang (UMP) dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM). Ianya telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Februari 2002. UMP adalah sebuah Universiti Teknikal yang berteraskan kompetensi dengan pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi.

UMP terletak di negeri Pahang Darul Makmur, negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang mempunyai kawasan hujan tropika yang luas dan dianugerahkan dengan pelbagai sumber asli dan biodiversiti. UMP memberi penumpuan dalam dua bidang utama iaitu Industri Kimia, Petrokima dan Bioteknologi serta Industri Automotif dan Pembuatan.

Pada masa ini, UMP beroperasi di bandar Gambang, kira-kira 30 kilometer daripada ibu negeri Pahang, Kuantan. Dihubungkan oleh Lebuh Raya Pantai Timur. Perjalanan ke Universiti ini dari Kuala Lumpur menggunakan kenderaan hanya mengambil masa dua jam setengah. Kampus sementara UMP yang berkelusan 54.1 ekar dapat menampung kira-kira 5,00 orang pelajar. Kampus Tetap UMP yang terletak di Kuala Pahang, Pekan , Pahang masih dalam proses pembinaan. Fasa pertama kampus tetap tersebut dijangka akan siap dan sedia untuk diduduki pada tahun 2009. Apabila siap sepenuhnya nanti, kampus tersebut yang berkeluasan 1,842.4 ekar mampu menampung seramai 10,000 orang pelajar dan 2,000 staf.

Mengapa anda harus memilih UMP/Keunikan UMP

Universiti Malaysia Pahang menawarkan program-program pendidikan dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi yang menitikberatkan latihan pratikal di samping ilmu pengetahuan. Penekanan ini dilihat mampu melahirkan jurutera yang kompteten dan memenuhi keperluan industri masa kini.

Kurikulum kami berorientasikan aplikasi yang mengintegrasikan teori dan amali didalam konsep ’teaching factory’. Ia menekankan kepada pembelajaran melalui pengalaman dan tindakan (experiential and action learning), gerak kerja dan kebolehan menyelesaikan masalah. Kesemua eleman ini menyediakan para graduan UMP untuk menghadapi suasana sebenar ditempat kerja kelak.

Kampus UMP terletak di kawasan yang strategik di Lingkaran Perindustrian Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kawasan ini menempatkan banyak organisasi dan syarikat multinasional dalam bidang Kimia, Petrokimia, pembuatan, automotif dan bioteknologi. Oleh sebab itu, pelajar UMP sentiasa terdedah kepada perkembangan terkini berkenaan dengan kejuruteraan dan teknologi.

Universiti ini memberi penumpuan kepada ’applied research’dan projek-projek industri bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajarannya. Ia juga menggalakkan pengkomersialan hasil produk penyelidikannya seterusnya memberikan pendedahan yang berguna kepada pelajarnya tentang aktiviti penyelidikan dan pembangunan di industri yang terlibat.

Kampus UMP dilengkapi dengan kemudahan ICT yang terkini termasuklah jaluran lebar internet tanpa wayar yang membantu menyokong aktiviti e-learning dan e-management yang telah diamalkan di Universiti ini sejak awal penubuhannya.
Read more...

November 9, 2008

Warna redakan tension?

2 Komen
Merah
Hilangkan masalah sakit kepala

Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

Biru
Mengurangkan tekanan di tempat kerja

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

Merah jambu
Elakkan insomnia

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!

Jingga
Ceriakan mood

Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.

Hijau
Lenyapkan keletihan

Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Cubalah... alihbahasa dari artikel Inggeris
Read more...

November 7, 2008

Citer Sutun?? Besh ker??

0 Komen
Dalam keboringan menunggu paper seterusnya.... sempat lagi aku melayan citer sutun kisah kehidupan mak nyah nie....wow..hebat..haha.... dapat gak tahu kisah-kisah seorang mak nyah nie menghadapi situasi dimana perasan dia lebih kepada nak jadi pompuan..... rasanya kat tv pown ada ditayangkan... tol x?? (da lama xbukak tv nie....).


sinopsis : kisah nie menceritakan tentang seorang bdk laki......... owank panggil dia ngan namaadik... dia nie ala lembut la cket...mcm pompuan tp pandai lak bersilat...mungkin ayah dia tentera ngn tok guru silat kotw... dalam nie banyak la cerita tentang lelaki lembut nie... ada yang berpelesaran kat jalan bersama nyah2 yg laen... tapi dalam masa yang sama dia nie ada perasaan cinta kotw kat abang cnior dia laki...abang luqman... kawan dia semua yang jenis lembut ngn sowank pompuan nie nama dia zita.... zita nie minat kat adik nie...tp ntah la...nak taw lebih lanjut tgk la sendiri...hahaha..
Read more...

November 5, 2008

Final Exam.....

0 Komen

huh skunk nie aku ngah bertempur dalam medan peperangan...wah....dahsyatnya perang kali nie...
banyak lak subject2 killer...huhu... tp membekalkan semangat yang kental..terpaksa gak aku lalui liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar.....

dah lepas 2 paper nie....tinggal 2 paper lg....keep moving...huhu... kepada pejuang2 skalian...aku ucapkan semoga leyh jawab exam korank...and wish me luck too.....


Slip peksa untuk sem nie...arghhhhh..!!
Read more...