Pages

Banner 468 x 60px

SelaMat DaTang Ke WannZ ZOne.. UnTuk Membaca ArTikel peNuh Klik paDa TaJuk EnTry...

November 10, 2008

Universiti Malaysia Pahang

1 Komen

Jom kita tgk cket apa yang ada kat UMP nie....


Latar Belakang Institusi

Universiti Malaysia Pahang (UMP) dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM). Ianya telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Februari 2002. UMP adalah sebuah Universiti Teknikal yang berteraskan kompetensi dengan pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi.

UMP terletak di negeri Pahang Darul Makmur, negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang mempunyai kawasan hujan tropika yang luas dan dianugerahkan dengan pelbagai sumber asli dan biodiversiti. UMP memberi penumpuan dalam dua bidang utama iaitu Industri Kimia, Petrokima dan Bioteknologi serta Industri Automotif dan Pembuatan.

Pada masa ini, UMP beroperasi di bandar Gambang, kira-kira 30 kilometer daripada ibu negeri Pahang, Kuantan. Dihubungkan oleh Lebuh Raya Pantai Timur. Perjalanan ke Universiti ini dari Kuala Lumpur menggunakan kenderaan hanya mengambil masa dua jam setengah. Kampus sementara UMP yang berkelusan 54.1 ekar dapat menampung kira-kira 5,00 orang pelajar. Kampus Tetap UMP yang terletak di Kuala Pahang, Pekan , Pahang masih dalam proses pembinaan. Fasa pertama kampus tetap tersebut dijangka akan siap dan sedia untuk diduduki pada tahun 2009. Apabila siap sepenuhnya nanti, kampus tersebut yang berkeluasan 1,842.4 ekar mampu menampung seramai 10,000 orang pelajar dan 2,000 staf.

Mengapa anda harus memilih UMP/Keunikan UMP

Universiti Malaysia Pahang menawarkan program-program pendidikan dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi yang menitikberatkan latihan pratikal di samping ilmu pengetahuan. Penekanan ini dilihat mampu melahirkan jurutera yang kompteten dan memenuhi keperluan industri masa kini.

Kurikulum kami berorientasikan aplikasi yang mengintegrasikan teori dan amali didalam konsep ’teaching factory’. Ia menekankan kepada pembelajaran melalui pengalaman dan tindakan (experiential and action learning), gerak kerja dan kebolehan menyelesaikan masalah. Kesemua eleman ini menyediakan para graduan UMP untuk menghadapi suasana sebenar ditempat kerja kelak.

Kampus UMP terletak di kawasan yang strategik di Lingkaran Perindustrian Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kawasan ini menempatkan banyak organisasi dan syarikat multinasional dalam bidang Kimia, Petrokimia, pembuatan, automotif dan bioteknologi. Oleh sebab itu, pelajar UMP sentiasa terdedah kepada perkembangan terkini berkenaan dengan kejuruteraan dan teknologi.

Universiti ini memberi penumpuan kepada ’applied research’dan projek-projek industri bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajarannya. Ia juga menggalakkan pengkomersialan hasil produk penyelidikannya seterusnya memberikan pendedahan yang berguna kepada pelajarnya tentang aktiviti penyelidikan dan pembangunan di industri yang terlibat.

Kampus UMP dilengkapi dengan kemudahan ICT yang terkini termasuklah jaluran lebar internet tanpa wayar yang membantu menyokong aktiviti e-learning dan e-management yang telah diamalkan di Universiti ini sejak awal penubuhannya.

1 Komen:

mkaw77 said...

oo baru tau kt pahang pn dh ada U..