Pages

Banner 468 x 60px

SelaMat DaTang Ke WannZ ZOne.. UnTuk Membaca ArTikel peNuh Klik paDa TaJuk EnTry...

June 11, 2009

Blog Aku Disita...

4 Komen
yaa,,.. berdasarkan tajuk yang besh nie...
blog aku akan disita oleh pemilik tuan tanah....
dah sebulan xbayar on kos....haha...

so selamat tinggal dunia blog....
aku dah nak pencen dah...
xnak dah berblog2 nie....

gud bye....
tata... tutu...
selamat tinggal jugak pahang darul makmur...
bubye....
Read more...

June 7, 2009

Misteri "Wanita Berkebaya Merah"

4 Komen
Sebenarnya citer nie dah bermula sejak bulan 2 lagi tahun nie... misteri, seram, ghaib, takut, sebab benda nie berulang sampai sekarang nie... Berlaku di highway antara sg petani ke gurun... kes nie menjadi isu disebabkan beberapa kes kemalangan yang agak teruk laa... sampai terbabas kereta.. xker teruknya...huhu... mangsa berkata : ada wanita dalam lingkungan 20-an, chantek, langsing, mancung, berbaju kebaya merah melintas highway... sampai skunk dah 3 kejadian yg berlaku... xtermasuk yang xhebohkan.... aku pown naek seram lutut sebabnya slalu gak la melalui jalan tue...

Antara kejadian yang tersiar kat newspaper...

Berita 1; (5 Februari 2009)

Pemandu parah elak wanita berkebaya merah

sumber dari : kosmo.com.my







ORANG ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.


Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.
Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.


"Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.


"Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.




Berita 2; (20 April 2009)


'Wanita kebaya merah' nyaris bawa maut

sumber dari : kosmo.com.my





CHAN duduk termenung memikirkan 'wanita kebaya merah' yang menyebabkan keretanya terbabas di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara kelmarin.




SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang."Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.


"Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.


Berita 3;(20 mei 2009)

Hantu lebuh raya


sumber dari : kosmo.com.my






MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam.


KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.
Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.


Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.





GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.


Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.
Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.
“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.
MOHD. FITRI
“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.
“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.
Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.
Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.

p/s: nak tahu lebih lg.. masuk google search wanita berkebaya merah....

Read more...

June 3, 2009

blog aku bersawang dah....

2 Komen
alahai blog....
dah habesh penuh sarang labah2.....
puish2.... kena kemas balik nie...
habesh semua berhabuk dah...... alahai....
meh mop..nak lap lantai cket..ahah...
penyapu mana nie? bersepah habesh...
amah g mana ntah..haish...

Aku Kembali sihat....

Akhirnya aku dah sembuh penyakit yang aku sendiri xnak.....
semua ketentuan ilahi... kena trima dengan redha ja... insyallah lepas nie rezeki aku bertambah kot...huhu... sememangnya kita xleyh nak lari dari penyakit... betol x? kalau xbetol memang laa...
semiggu lagi makan nasik Pree laaa gamaknya.....

Program 3P ku berjalan lancar...

Baru jer masuk kelas... alahai kena wat group project lak... dalam kepala nie.. kosong lagi...
xtahu satu benda pown dalam flash... setakat nak edit template tue bley lagi la...
kalau nak buat sendiri seminggu gak la nak siap....

habesh la aku,... aku serahkan kepada group members laen la.. pandai la korang buat..
aku just leyh bg pandangan yang bernas jaa.... yang selebihnya...ehehe.. paham2 je la ekk... kuikui... bukan lepas tangan nie.. tp bagi peluang kat owank laen yang berbakat besar... Baeknya aku...

tapi pelik laa.. aku dapat mc 10 hari... tapi kan... xlogik betol... dalam jadual attendance semiggu aku absent... ne leyh cmnie kan... kira xberguna la mc doktor bagi.... mungkin ada kesilapan nie.. kena rujuk pakar balik nie... haish... kejer lagi... penat ahh.... bukan sengaja... entry sebelom nie pown aku dah explain penyakit aku..ehehe... cian aku kan??


Lama Xmaen Snooker...

Time bercuti kat umah nie... al-kisahnya berbunyi cmnie....
tengah sedap dok berehat di syurgaku rumahku.. tetiba ada lak makhluk ganjil ajak aku bermaen snooker... wah.. muka berparut pown nak g maen snooker ker,...
dalam hati berkata : sedap gak maen snooker nie.. dah lama xmaen... lg pown bosan jer dok umah nie.... hape lagi.. malam tue decide la men snook... dengan syarat..hehe.. apa syaratnya ekk.. sapa kalah bayar... wah dengar2 jaa cam besh ja... aku dah tahu budak2 yang ajak aku tue xda la hebat mana pown... kalau ikut naseb memang aku bleyh bantai dowank tue.. haper lagi pas tue... let go to pepsi lorh (tempat snooker dekat sg petani).

first table.. aku menang... padan muka dowank nak ajak aku maen sgt... walaupun kiraan mata tue hutang jer... tapi dapat men free gak... ahaks... kira oke la..duet xyah nak kuar dah....

second game.. (nie xpueh hati nie...) yang second game nie aku cemerlang cket... xda hutang2..
dapat lagi maen free.. jimat duet aku... tapi segan gyler.. muka penuh berbintik2 mcm kena sengat tebuan jaa...huh.. lantak lak.. aslkan menang..kehkeh...

last game... yang nie aku second jaa... tapi still xyah bayar.. sebabnya yg tempat ke-4 kena bayar ringgit yang ke-3 lak bayar sen... epy gyler aku.. kalau hari2 cmtue memang berlemak habesh aku nie.. memang xterpkir dah nak balik UMP nie...haish...


Anak akak Aku yang nakal...


hah nie yang paling aku xpuas hati nie... balik2 ja umah.. anak akak aku datang la umah...
muda lagi.. tahun nie baru darjah satu.. tapi mulut dia tue.. fuh.. kalah mami jarum beb...
tengok ja muka aku mcm haprak nie ada ke patut dia ckap aku kena "cikunguya".. Haprak punya anak saudara... xpatut cakap kat aku camtue.. macam nak nagess ja rasanya.. ahaha...
xkecian ker kat aku tgk aku merana nie... memang xpatut la...huh...

Tiap kali jer dia datang habesh la aku jd mangsa... mangsa buli.. adesh.. naseb aku la...
slalu sangat buli dia.. ambik balik.. aku lak kena ngn dia... ciap la ko nanti.. aku nak balik dah nie... ahaha.. dah jadik NaTeS. wahaha...

walaupun aku jd bahan buli...hehe.. tapi adek bongsu aku baek jer.. jaga aku... sapu ubat kat aku..
Trimas kaseh adekku.. ahaks.. dia kecian kat abang dia la tue.. tapi satu jaa.. lepas habesh ja sapu ubat tue.. hape lg... mintak lak singgit kat aku... memang xikhlas tolong abang dia nie... ish2... xbaek betol... tapi sebab adek tersayang.. bagi je la... aku pown nak jadi sowank abang yang baek..ehehe


wah.. cukup la setakat nie aku merepek...
papepown doakan aku leyh jawab exam nati ekk...
10 jun dua course... dreamweaver ngn flash....
k... daa....

Read more...