Pages

Banner 468 x 60px

SelaMat DaTang Ke WannZ ZOne.. UnTuk Membaca ArTikel peNuh Klik paDa TaJuk EnTry...

March 9, 2009

12 Rabiul-Awal : Signifikannya dengan kita

0 Komen
Assalamualaikum,

Diriwayatkan oleh Imam Malik, sabda Rasulullah S.A.W.:

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).


Sempena dengan hari/tarikh kelahiran Rasulullah, Rasul akhir, pembawa berita gembira, pemberi peringatan, sangat cinta dan kasih kepada golongan fakir miskin, penyuluh kebenaran, pembawa sinar harapan, mengeluarkan manusia dari kejahilan kepada cahaya, menuntun jalan ke syurga, penyelamat ummah, penyebar agama yang mulia, pendidik dan penyubur semangat cintakan Islam, membebaskan perhambaan manusia sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah, penyempurna akhlak yang mulia (makarimal akhlak)....

cinta agung kita kepada Rasulullah sehingga kita tahu ajaran yang benar, cinta kepada Rasulullah yang telah menyebarkan Islam dan tidak khianat dengan tugas ini, membina generasi sahabat yang kental iman dan aqidah (generasi Al-Quran yang unik), cinta Rasulullah dengan segala keperitan dan perjuangannya, cinta Rasulullah kerana Rasul sifatnya berkasih sayang sesama mukmin, cinta Rasul yang telah merintis jalan keilmuan yang dengan membawa Al-Quran yang dengannya seluruh alam mendapat rahmat (rahmat kepada sekalian alam), cinta Rasul bererti kita mencintai Allah dan segala apa yang telah diturunkan Allah kerana Rasulullah ibarat Al-Quran yang bergerak seperti yang dikatakan oleh Saidatina Aisyah (kalau tak salah saya)....

Apakah puisi anda untuk Rasul tercinta kita Muhammad ibn Abdullah dimana kategorinya adalah seperti berikut:

(i) Muhammad sebagai rasul Allah
(ii) Muhammad sebagai nabi kita (uswatun hasanah)
(iii) Muhammad sebagai hamba Allah
(iv) Muhammad sebagai makhluk Allah
(v) Muhammad sebagai seorang manusia
(vi) Muhammad sebagai seorang Arab
(vii)) Muhammad sebagai lelaki
(viii) Muhammad sebagai suami
(ix) Muhammad sebagai bapa
(x) Muhammad sebagai ketua kerajaan (Madinah)
(xi) Muhammad sebagai general perang

Silalah nyatakan kecintaan anda di sini....

0 Komen: